YeniGaluh Forum
Hallo...!


Indeks­Pendaftaran­Login
Kirim topik baru   Kirim balasanShare | 
 

 WASIAT NABI MUHAMMAD SAW KEPADA SAIDINA ALI R.A

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down 
PengirimMessage
Justice Bao
-= Um Momod =-
-= Um Momod =-


Male
Jumlah posting: 1889
Age: 38
Location: Jakarta
Job/hobbies: don't trust anybody
Registration date: 06.03.08

PostSubyek: WASIAT NABI MUHAMMAD SAW KEPADA SAIDINA ALI R.A   Thu May 22, 2008 1:12 pm

Wahai Ali, Bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya :
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia

Wahai Ali, Bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya
1) Jujur dalam berkata-kata
2) Menjauhi segala yang haram
3) Merendahkan diri

Wahai Ali, Bagi orang yang takwa itu ada 3 tanda-tandanya
1) Takut berbuat dusta dan keji
2) Menjauhi kejahatan
3) Memohon yang halal karena takut jatuh dalam keharaman

Wahai Ali, Bagi orang yang jujur itu ada 3 tanda-tandanya
1) Merahasiakan ibadahnya
2) Merahasiakan sedekahnya
3) Merahasiakan ujian yang menimpanya

Wahai Ali, Bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda-tandanya
1) Mengawasi dirinya
2) Menghisab dirinya
3) Memperbanyakkan ibadah kepada ALLAH swt.

_________________
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://www.kitlv.nl
mala zhao
[YG]-=Bronze=-
[YG]-=Bronze=-


Female
Jumlah posting: 65
Age: 21
Registration date: 05.01.08

PostSubyek: Re: WASIAT NABI MUHAMMAD SAW KEPADA SAIDINA ALI R.A   Mon May 26, 2008 2:48 pm

Justice Bao wrote:
Wahai Ali, Bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya :
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia

Wahai Ali, Bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya
1) Jujur dalam berkata-kata
2) Menjauhi segala yang haram
3) Merendahkan diri

Wahai Ali, Bagi orang yang takwa itu ada 3 tanda-tandanya
1) Takut berbuat dusta dan keji
2) Menjauhi kejahatan
3) Memohon yang halal karena takut jatuh dalam keharaman

Wahai Ali, Bagi orang yang jujur itu ada 3 tanda-tandanya
1) Merahasiakan ibadahnya
2) Merahasiakan sedekahnya
3) Merahasiakan ujian yang menimpanya

Wahai Ali, Bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda-tandanya
1) Mengawasi dirinya
2) Menghisab dirinya
3) Memperbanyakkan ibadah kepada ALLAH swt.


wah..wah,... ok banget tuh...
maksih yach menambah iman gw nich.. hahahaha
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
Justice Bao
-= Um Momod =-
-= Um Momod =-


Male
Jumlah posting: 1889
Age: 38
Location: Jakarta
Job/hobbies: don't trust anybody
Registration date: 06.03.08

PostSubyek: Re: WASIAT NABI MUHAMMAD SAW KEPADA SAIDINA ALI R.A   Tue May 27, 2008 12:48 am

TIGA WASIAT NABI MUHAMMAD SAW UNTUK UMAT PADA HARI INI DAN MENDATANG

Pertama.
Menurut perspektif Islam perkataan taqwa itu yang bererti melaksanakan segala perintahNya dan menjauhi apa sahaja laranganNya. Hukum Islam telah menggariskan secara benar tentang taqwa itu. Sebenarnya banyak sekali kata-kata taqwa yang diungkapkan di dalam al-Quranul Karim yang mana ianya banyak dikaitkan dengan pelbagai persoalan yang berhubung kait dengan kehidupan sama ada sosial, politik, ekonomi, dan budaya hidup manusia itu sendiri. Adalah sesungguhnya kemuliaan seseorang itu dari sudut pandangan Islam bukanlah dilihat dari segi pangkat, darjat, kekayaan, kecantikkan dan kemiskinan, tetapi dari segi taqwanya. Kerana dalam taqwa itulah terhimpun segala nilai luhur lagi murni yang diperlukan dalam kehidupannya. Jadi, apabila taqwa itu dapat diamalkan oleh setiap individu muslim sesuai dengan erti kata dan kandungannya yang dimaksudkan. Bermakna ia telah mampu mencapai puncak kehidupannya yang mulia dan tertinggi. Sebagaimana firman Allah SWT:

" Bahawa sesungguhnya orang paling mulia di sisi Allah SWT adalah yang paling bertaqwa dikalangan kamu. Al-Hujurat:13)

Kedua.
Bertaubat kepada Allah SWT. Sesungguhnya pada diri manusia itu terdapat dua kekuatan yang saling berlawanan arah dan tujuan iaitu akal dan nafsu syahwat. Akal mengharapkan kepada kebaikan dan kebajikan manakala nafsu mendorong kepada berbuat dosa maksiat dan permusuhan. Itulah sebenarnya dari awal lagi Nabi kita Muhammad SWT telah berpesan dan memberikan resepinya. agar kita segera bertaubat, apabila sudah terlanjur. Berbuat sebarang dosa maksiat dan kemungkaran, kerana Allah SWT sentiasa menerima taubat hambanya asalkan taubatnya itu dari hati yang benar-benar insaf semoga dengan taubat tersebut akan lenyaplah segala dosa, perbuatan keji yang hina di sisi Allah dan diri manusia semoga terhakislah juga noda-noda hitam yang melekat di dalam diri kita sendiri. Allah pasti akan menerima taubat seseorang itu jika beberapa syarat taubat itu dipenuhi, di antara syaratnya ialah:
Pertama: Menyesali segala perbuatan maksiat dan dosa yang telah dilakukan.
Kedua: Berazam tidak akan mengulanginya lagi perbuatan tersebut.
Ketiga: Segera mengiringinya dengan perbuatan dan amal soleh.

Ketiga.
Berbudi pekerti yang luhur. Sesungguhnya Rasulullah SAW adalah menekankan nilai-nilai moral atau akhlak yanf mulia, sebagai syarat mutlak bagi terciptanya masyarakat, sosial yang stabil, aman dan tenteram. Akhlak dalam Islam bukan sekadar sistem moral seperti yang difahami secara umum. Sistem moral mungkin merupakan gabungan sistem nilai yang diharuskan oleh manusia berdasarkan keperluan setempat dan semasa. Ia mungkin baik di barat tetapi tidak baik dan tidak boleh diterima di timur. Akhlak Islam adalah menetapkan nilai-nilai sejagat yang abadi, melangkaui batas sempadan dan masa, ini diterima sebagai nilai-nilai bersama yang sepakat diterima di timur dan di barat baik di zaman silam atau di zaman akan datang. Akhlak yang dikehendaki oleh Islam ini merupakan nilai samawi bukan ciptaan manusia dan bukan kesan budaya. Oleh itu, manusia seharusnya saban hari berlindung dengan Allah daripada pengaruh nafsu syaitan yang sentiasa menceroboh diri manusia untuk merosakkan nilai hidup manusia dan akhlak yang mulia.

_________________
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://www.kitlv.nl
 

WASIAT NABI MUHAMMAD SAW KEPADA SAIDINA ALI R.A

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1

Permissions of this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
YeniGaluh Forum :: *** SANGGAR PAMUJAN *** :: -=YG'ers moeslim gaul n Smart..=--
Kirim topik baru   Kirim balasan